CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

..PeRaNaN kAUNsELoR..

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:

1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.
5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
7. Membantu ibu bap untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Wednesday, January 28, 2009

...TeRimA kaSIh AyaH..


Ayah..
raut wajah itu terlihat jelas di wajah mu
rambut mu mulai memutih....
namun engkau masih gagah,,,,
Dengan keringat mu,,, dengan jerih payah mu,,,

Ayah,,,
Setiap pagi engkau berangkat mencari nafkah
Pergi pagi dan pulang hingga petang hari,,,
Engkau tidak akan pulang kalau tidak ada sesuatu yang bisa engkau bawa untukku
Tapi aku bisa memahami mu....

Ayah,,,,
terima kasih engkau telah membesar, menjaga n mendidikku..
Dan sudah saatnya engkau istirahat..
Dan izinkan aku mencium tangan mu ayah...

Tuesday, January 27, 2009

Sifat Marah

Sifat marah jika tidak dibendung akan memudaratkan diri dan juga orang di sekitar. Lebih malang lagi jika perasaan tersebut dilepaskan kepada orang yang tidak berkenaan... lebih-lebih lagi anak-anak. "Tersalah" atau "terlebih" hukum akibat dikuasai perasaan marah... akan meninggalkan kesan tidak baik kepada emosi anak-anak atau orang yang sebenarnya tidak bersalah.

Pernah dengar kisah tentang seorang anak yang terlalu baran...?

Bagi membantu si anak menguasai sifat marahnya, si ayah telah menyuruh si anak untuk mengetuk sebatang paku pada sebatang tiang. Bila rasa marah... ambil paku dan pasak ke tiang. Itulah yang dilakukan oleh si anak bilamana timbul rasa marah.

Pada satu peringkat hampir penuh tiang tersebut dengan paku-paku yang terpasak padanya.

Si ayah kemudian memberitahu kepada anaknya... "Nak, mulai hari ini setiap hari kau dapat menahan rasa marah.. maka cabutlah sebatang paku dari tiang tersebut"

Bagi membuktikan kepada ayahnya yang dia mampu mengawal marah, si anak mula belajar mengurus sifat marahnya. Saban minggu sebatang paku tanggal dari tiang tersebut. Semakin lama semakin kerap paku tersebut dapat dicabutnya... dan akhirnya bersihlah tiang tersebut dari paku-paku yang berceracak sebelum ini.

"Ayah... lihat... saya berjaya menanggalkan semua paku dari tiang. Saya dah berjaya mengawal sifat marah saya" kata si anak.

"Alhamdulillah..." kata si ayah pula seraya menyambung "... tetapi cuba kau lihat apa yang tinggal pada tiang tersebut...?"

"Lubang-lubang, ayah"

"Ya... begitulah kesan marah jika tidak dikawal dan diarah ke tempat yang salah. Biarpun ianya telah reda... tetapi lukanya tetap tertinggal pada jiwa orang yang menerimanya"

Mempunyai sifat marah adalah normal bagi manusia. Tetapi ia perlu diurus dengan baik. Kegagalan kita mengurus sifat marah... akan meninggalkan kesan negatif yang mungkin berkekalan untuk masa yang lama.


Moralnya... punya sifat marah adalah normal. Cuma bagaimana untuk kita uruskan sifat marah tu.

Quick tips:

Tips ni rasanya dah biasa sangat dengar orang bagi tau. Tapi takpe kita kira macam ulangkaji lah...

Jika masa marah tu kita tengah berdiri... maka duduklah
Jika sedang duduk... maka berbaringlah.

Lebih afdal bila timbul rasa marah segera mengambil wudu'. Kerana marah itu seumpama "api" dan "air" bakal meredakannya.

Sebagai tambahan... banyak-banyakkan membaca al-Quran.

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Assalamu'alaikum.....m'jadi seorang wanita yang solehah adalah impian bagi setiap kaum hawa....



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?Sebuah hadis Nabi menyatakan:Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.